Friday, March 25, 2011

Orang Asli Batek,Taman Negara Kuala Tahan

Pengalaman pertama saya mengadakan lawatan ke Taman Negara Pahang membawa pelbagai pengalaman.Antaranya adalah pengalaman menemui masyarakat pribumi di Kuala Koh di Taman Negara Kuala Tahan,Pahang.Melihatkan kehidupan masyarakat suku kaum Batek yang penuh kontra dengan kehidupan masyarakat di kota.









Taman Negara Pahang

Pengembaraan ke Taman Negara Kuala Tahan bersama dengan rakan-rakan sekelas pada 11-13 mac 2011 untuk subjek Photojournalism telah memberi pengalaman yang baru kepada saya. Terdapat banyak perkara menarik yang dapat dilihat dan dipelajari disana. Pelbagai jenis tumbuhan dapat dilihat semasa berada didalam Taman Negara. Daripada aktiviti mendaki,sehinggalah rapid shooting yang sungguh menerujakan.

Antara hasil-hasil imej sepanjang berada di sana yang bole dijadikan tatapan :-








Hari Terbuka Tentera Darat 2011 ( Week 6 )

Hari Terbuka Tentera Darat 2011.Acara ini telah diadakan di Dataran Merdeka bermula 4 Mac 2011 hingga 6 Mac 2011.Acara ini diadakan sempena sambutan ulangtahun tentera darat yang ke-78.
Acara ini telah disertai oleh ratusan tentera darat dan di tontoni oleh  ribuan pengunjung yang datang untuk menyaksikan acara ini.Antara aktiviti yang dilakukan adalah,demonstrasi aset-aset tentera darat seperti kereta kebal,kereta perisai,Perarakan penuh kontinjen tentera darat,pertunjukan payung terjun dan banyak lagi.Acara ini juga telah ditontoni oleh puluhan VVIP terhormat iaitu seperti mantan-mantan tentera darat,Menteri Pertahanan,YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan lain-lain.